NILAI ETIKA PERNIAGAAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH
(Kajian Nilai: Berilmu, Optimis dan Istiqamah)
Iskandar Ibrahim*
1. Pendahuluan
Norma etika sebenarnya telah menyatu dalam setiap aspek dan aktifiti manusia, termasuk perniagaan. Ia merupakan kumpulan ajaran (doktrin) dan nilai-nilai yang dapat mengantarkan kebahagiaan hidup manusia dan merupakan suatu sistem bersepadu untuk seluruh aspek kehidupan. Melihat urgensitas permasalahan ini, secara teori mempunyai tujuan untuk mengkonstruksi dan mengembangkan pemikiran tentang etika perniagaan dalam perspektif Islam, khususnya mengenai hubungan norma-norma etika dengan aktiviti perniagaan.
Islam sebagai agama yang telah sempurna sudah barang tentu memberikan rambu-rambu dalam melakukan urus niaga dalam setiap perniagaan yang disebutkan dalam al-Quran. Ini menunjukkan petanda bahawa Islam memiliki perhatian yang serius tentang dunia perniagaan. Dalam menjalankan perniagaannya tetap harus berada dalam rambu-rambu tersebut.[1]
Islam juga memandang bahawa berusaha atau bekerja merupakan bahagian integral dari ajaran Islam. Terdapat sejumlah ayat Al-Quran dan hadis Nabi yang menjelaskan pentingnya aktiviti usaha, di antaranya; friman Allah swt: "Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah di muka bumi. Dan carilah karunia Allah ". Dalam Hadis juga disebutkan "Sungguh seandainya salah seorang di antara kamu mengambil beberapa utas tali, kemudian pergi ke gunung kemudian kembali memikul seikat kayu bakar dan menjualnya, kemudian dengan hasil itu Allah mencukupkan keperluan hidupmu, itu lebih baik daripada meminta-minta kepada sesama manusia, baik mereka memberi atau tidak ".[2]
Dalam riwayat lain, Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat, "Pekerjaan apa yang paling baik wahai Rasulullah?, Rasulullah menjawab, seorang bekerja dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang bersih". Hadis yang lain, "Peniaga yang jujur lagi dipercayai adalah bersama-sama Nabi, orang-orang jujur, dan para syuhada”.[3]
Ayat dan hadis-hadis di atas menunjukkan bahwa bekerja mencari rezeki adalah aktiviti yang inheren (yang melekat) dalam ajaran Islam. Mencari rezeki dalam konteks ajaran Islam bukan untuk semata-mata memperkayakan diri. Kerana Islam mengajarkan bahawa kekayaan itu mempunyai fungsi sosial. Secara tegas Al-Qur’an melarang penumpukan harta pada orang atau kelompok tertentu sahaja (dalam hal ini penimbunan bererti penimbunan atau hoarding),[4] Islam juga melarang mencari kekayaan dengan jalan tidak benar(bathil) dan dapat merugikan orang lain,[5] dan justeru Islam memerintahkan membelanjakan secara baik.[6]
Oleh kerana itu dalam Islam telah memberikan penjelasan dalam al-Quran sebagai pedoman dalam aktiviti perniagaan yang akan dilakukan. Manual tersebut yang kemudian melahirkan etika dalam perniagaan dan juga nilai-nilai yang perlu difahami dan dimiliki oleh setiap individu yang akan melakukan perniagaan. Selain itu masih banyak hadis-hadis yang menerangkan bagaimana etika dalam perniagaan yang juga dicontohkan oleh Rasulullah Saw.
Rasulullah Saw sangat banyak memberikan petunjuk mengenai etika perniagaan, di antaranya ialah:[7] Pertama, bahwa prinsip esensial dalam bisnis adalah kejujuran. Dalam doktrin Islam, kejujuran merupakan syarat fundamental dalam kegiatan bisnis. Rasulullah sangat intens menganjurkan kejujuran dalam aktivitas bisnis. Dalam tataran ini, beliau bersabda: “Tidak dibenarkan seorang muslim menjual satu jualan yang mempunyai aib, kecuali ia menjelaskan aibnya” (H.R. Al-Quzwani). “Siapa yang menipu kami, maka dia bukan kelompok kami” (H.R. Muslim). Rasulullah sendiri selalu bersikap jujur dalam berbisnis. Beliau melarang para pedagang meletakkan barang busuk di sebelah bawah dan barang baru di bagian atas.
Kedua, kesadaran tentang signifikansi sosial kegiatan bisnis. Pelaku bisnis menurut Islam, tidak hanya sekedar mengejar keuntungan sebanyak-banyaknya, sebagaimana yang diajarkan Bapak ekonomi kapitalis, Adam Smith, tetapi juga berorientasi kepada sikap ta’awun (menolong orang lain) sebagai implikasi sosial kegiatan bisnis. Tegasnya, berbisnis, bukan mencari untung material semata, tetapi didasari kesadaran memberi kemudahan bagi orang lain dengan menjual barang.
Ketiga, tidak melakukan sumpah palsu. Nabi Muhammad saw sangat intens melarang para pelaku bisnis melakukan sumpah palsu dalam melakukan transaksi bisnis Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi bersabda, “Dengan melakukan sumpah palsu, barang-barang memang terjual, tetapi hasilnya tidak berkah”. Dalam hadis riwayat Abu Zar, Rasulullah saw mengancam dengan azab yang pedih bagi orang yang bersumpah palsu dalam bisnis, dan Allah tidak akan memperdulikannya nanti di hari kiamat (H.R. Muslim). Praktek sumpah palsu dalam kegiatan bisnis saat ini sering dilakukan, karena dapat meyakinkan pembeli, dan pada gilirannya meningkatkan daya beli atau pemasaran. Namun, harus disadari, bahwa meskipun keuntungan yang diperoleh berlimpah, tetapi hasilnya tidak berkah.
Keempat, ramah-tamah . Seorang palaku bisnis, harus bersikap ramah dalam melakukan bisnis. Nabi Muhammad Saw mengatakan, “Allah merahmati seseorang yang ramah dan toleran dalam berbisnis” (H.R. Bukhari dan Tarmizi). Kelima, tidak boleh berpura-pura menawar dengan harga tinggi, agar orang lain tertarik membeli dengan harga tersebut. Sabda Nabi Muhammad, “Janganlah kalian melakukan bisnis najsya (seorang pembeli tertentu, berkolusi dengan penjual untuk menaikkan harga, bukan dengan niat untuk membeli, tetapi agar menarik orang lain untuk membeli).
Keenam, tidak boleh menjelekkan bisnis orang lain, agar orang membeli kepadanya. Nabi Muhammad Saw bersabda, “Janganlah seseorang di antara kalian menjual dengan maksud untuk menjelekkan apa yang dijual oleh orang lain” (H.R. Muttafaq ‘alaih).
Demikianlah sebagian etika bisnis dalam perspektif Islam yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah dan menjadi sumber ajaran Islam, baik yang bersumber dari al-Qur’an maupun Sunnah. Disamping etika dan nilai-nilai di atas, masih banyak lagi yang menjadi etika dalam perniagaan islam seperti: tekun, bersungguh-sungguh, sabar, adil, berilmu, qanaah,itqan, istiqamah dan lain-lain. Dan sebahagian dari nilai tersebut akan dibahas secara terinci.
2. Konsep Nilai dalam Etika Perniagaan (Aplikasi dan Implikasinya dalam perniagaan)
A. Berilmu
Ilmu merupakan perkara yang sangat penting dalam mencapai aspek dalam kehidupan, kerana dengan ilmu kita dapat mengetahui apa yang tidak diketahui. Pada kenyataannya ilmu pula yang membedakan orang yang berimu dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan,[8] Konsekuensi dari itu adalah adanya penghargaan (ditinggikan derajatnya) manusia yang berilmu pengetahuan itu dari manusia yang lainnya.[9]
Berbicara tentang berilmu, sumber ilmu dalam Islam ialah al- Quraan dan Al-Sunnah. Dalam Islam, ilmu sama ada duniawi atau ukhrawi adalah sama penting. Ilmu duniawi dapat dikatakan sebagai ilmu yang membahas tentang kemajuan dan kepentingan hidup di dunia, sementara ilmu ukhrawi ialah ilmu yang membahas tentang akidah, syariah, ketuhanan, keakhiratan dan seumpamanya. Satu lagi dalam Islam cara pembahagian ilmu itu ialah Ilmu Fardu .Ain dan Ilmu Fardu Kifayah. Ilmu Fardu .Ain ialah yang membahas tentang kewajipan diri sendiri terhadap Allah seperti dari segi peribadatan khususi, kesucian diri dan sebagainya. Adapun Ilmu Fardu Kifayah ialah yang membahas tentang kepentingan masyarakat, pembangunan dalam segala bidang misalnya ilmu perubatan, ilmu ekonomi, ilmu kewangan, ilmu arkitik dan sebagainya.[10]
Ilmu Fardu .Ain ialah ilmu yang setiap orang mesti mempelajarinya tanpa pengecualian seperti berkebolehan membaca Al-Quraan dan berkebolehan dalam peribadatan khusus seperti sembahyang, berpuasa, berzakat, menunaikan fardu Haji, itu semua adalah fardu .Ain ke atas setiap Muslim sejati mengetahuinya dengan sempurna.
Allah telah menjelaskan dalam banyak tempat di dalam al-Quraan tentang pentingnya ilmu pengetahuan tidak kira apa sahaja ilmu yang diperlukan dan membawa kebaikan kepada manusia, dan betapa Allah mengangkat orang yang berilmu itu beberapa darjat lebih tinggi dari orang yang tidak berilmu. Allah menggandingkan orang yang beriman dan berilmu itu pada satu darjat yang sama tingginya, sebagaimana firman Allah:
Ertinya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat (Surah Al Mujadalah, Ayat 11).
Maknanya orang yang beriman dan orang yang berilmu sama-sama mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah. [11] Mengenai kepentingan ilmu ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan dalam sabda baginda:
Ertinya: Sesiapa yang inginkan kejayaan di dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang inginkan kejayaan diakhirat hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang inginkan kejayaan pada kedua-duanya (dunia dan akhirat) hendaklah dia berilmu.
Dari hadist di atas dapat diketahui bahwa jika ingin mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat maka keduanya harus diperoleh dengan ilmu. Kenapa ilmu begitu penting untuk memperoleh kebahagiaan tesebut?. Ilmu memainkan peranan transformatif dalam erti perubahan watak manusia. Dengan ilmu manusia dapat berubah kearah yang lebih baik, kerana ilmu juga perperan dalam pembinaan watak manusia.[12]
Dalam hal perniagaan, berilmu Sangat diperlukan dalam pengembangan perniagaan, perniagaan tanpa ilmu Madang kala mampu bertahan, tapi kecil kemungkinan untuk mampu berkembang dan bersaing dalam dunia usaha. Urgensi akan ilmu dalam perniagaan dibuktikan dengan kehadiran lembaga-lembaga keusahawanan untuk mendidik dan mengembangkan indivisu dan kelompok adar menjadi wirausaha yang sukses. Keterkaitan ilmu dengan perniagaan juga terbukti dengan ditubuhkannya Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) di beberapa universiti yang menekankan kepada aspek keusahawanan. Fakulti ini menawarkan program pengajian keusahawanan dan perniagaan di samping membantu fakulti lain menerapkan unsur-unsur keusahawanan dalam setiap program pengajian yang mereka tawarkan. Ia juga berfungsi mengembangkan ilmu keusahawanan dan perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Aplikasi dan Implikasi Nilai Berilmu dalam Perniagaan
Aplikasi ilmu dalam perniagaan telah banyak diterapkan dimana mana institusi keusahawanan. Pada zaman sekarang, ilmu perniagaan banyak dipelajari dalam beberapa hal seperti:
1. Inovasi
Inovasi bermula dengan peringkat ide dan berakhir dengan pelaksanaan ide tersebut dalam bentuk zahir yang mengaplikasikan ilmu-ilmu tertentu. Pengaplikasi ilmu untuk menzahirkan ide inovatif adalah dalam bentuk produk teknologi konkrit, abstrak seperti konsep, model, pendekatan, strategi, teknik dan paten.
Penerapan inovasi dan daya keusahawanan bertujuan :
- Membimbing melaksanakan proses pemikiran inovatif dan kepentingannya dalam daya keusahawanan.
- Membimbing mengaplikasi pemikiran inovatif dengan menggabungkan ilmu pelbagai disiplin dalam konteks daya keusahawanan.
- Menyediakan peluang dan ruang untuk menemukan aspek pengkomersilan ide inovatif dalam situasi proses daya keusahawanan secara keseluruhan.
- Mengasah potensi, bakat dan ciri-ciri daya keusahawanan berasaskan bidang keusahawanan.
- Mengenalkan bidang serta kerjaya keusahawanan,minat dan bermotivasi untuk menjadi usahawan.
Implikasi dari penerapan ilmu dalam inovasi adalah menjadikan perniagaan berjaya dan berkembang labih maju. Implikasi yang sangat nyata dapat dilihat pada produk-produk Perbankan Islam. Pelbagai produk inovatif Bank Islam muncul dari hasil kajian ilmu untuk berinovasi agar mampu bersaing dalam dunia perbankan yang lebih luas.
2. Komunikasi
Komunikasi adalah keterampilan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, dimana dapat kita lihat komunikasi dapat terjadi pada setiap gerak langkah manusia. Manusia adalah makhluk sosial yang tergantung satu sama lain dan mandiri serta saling terkait dengan orang lain dilingkungannya. Tujuan komunikasi adalah berhubungan dan mengajak dengan orang lain untuk mengerti apa yang kita sampaikan dalam mencapai tujuan. Keterampilan berkomunikasi diperlukan dalam bekerja sama dengan orang lain.[13]
Hewitt (1981), menjabarkan tujuan penggunaan proses komunikasi secara spesifik sebagai berikut:
1. Mempelajari atau mengajarkan sesuatu
2. Mempengaruhi perilaku seseorang
3. Mengungkapkan perasaan
4. Menjelaskan perilaku sendiri atau perilaku orang lain
5. Berhubungan dengan orang lain
6. Menyelesaian sebuah masalah
7. Mencapai sebuah tujuan
8. Menurunkan ketegangan dan menyelesaian konflik
9. Menstimulasi minat pada diri sendiri atau orang lain
Demikianlah tujuan proses komunikasi yang dilakukan dalam perniagaan, dan penerapan ilmu komunikasi tersebut merupakan nilai yang mesti diterapkan oleh peniaga. Penerapan ilmu komunikasi juga dapat diaplikasikan dalam mana mana organisasi maupun syarikat.
Implikasi dari berilmu komunikasi tersebut iaitu sering terjadi pada reseptionist, dimana mereka yang berhubung langsung dengan para pelanggan atau pengguna. Sehingga para pelanggan atau pengguna selesa dengan penghkidmatan yang diberikan oleh reseptionist.
3. Etika
Dalam perniagaan juga diperlukan etika untuk mengatur, menyelaraskan, mengambil kira serta menjadikan garis panduan dalam setiap tingkah laku dan pelaksanaan tugas. Dalam Islam etika dikenal dengan Akhlak.
Penerapan ilmu etika dalam perniagaan sangat penting. Kerana ilmu etika merupakan perkara yang penting dalam aktifiti perniagaan. Sehingga peniaga mampu menjaga diri dari etika-etika yang dapat mencalar perniagaan tersebut. Penerapan etika dengan baik seperti selalu mementingkan nilai jujur, adil, sabar, istiqamah, sungguh-sungguh, tekun dan lain sebagainya dapat menjadikan perniagaan sukses di dunia dan akhirat.
Nilai dan etika yang diterapkan pada pengurusan ataupun dalam aktifiti perniagaan akan menimbulkan efek positif dalam organisasi atau syarikat perniagaan tersebut. Contoh dari penerapan ilmu etika dalam perniagaan ini telah banyak membuahkan hasil bagi syarikat atau organisasi tersebut. Seperti pada tempat-tempat pengkhidmatan awwam.
B. Optimis
Optimis atau optimisme adalah satu perkataan yang sulit diberi makna yang sesungguhnya. Optimis bukan berasal dari bahasa melayu, jadi sedikit sulit memberi makna menurut terminologi. Jika dilihat dari estomologi, optimism berasal dari bahasa inggris yang bermakna “harapan baik atau percaya diri dalam mencapai suatu kesuksesan”[14].
Di Indonesia optimis lebih terkenal dengan perkataan “percaya diri atau PD” yang bermaksud percaya terhadap kemampuan diri dalam mencapai kesuksesan. Sedangkan menurut kamus online optimis adalah: (orang yang) selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan, dan lain-lain), (orang yang) selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik[15]
Dalam versi lain Optimis, husnu dzan, berpikir positif atau yang lebih dikenal dengan positive thinking adalah sebuah formula. Sebuah paradigma. Sebuah kerangka pikiran. Sebuah sistem cara berpikir. Memandang sesuatu dari segi baiknya saja, kendati orang lain menganggapnya buruk.[16]
Orang optimis biasanya lebih mungkin bisa mencapai yang ia inginkan, bila dibanding dengan orang pesimis, yakni orang yang melihat sesuatu dari sudut buruk. Orang pesimis telah gagal, bahkan sebelum mulai sesuatu. Orang optimis telah berhasil, bahkan sebelum ia memulai pekerjaannya.
Lawan dari kata optimis adalah pesimis, kedua kata ini telah lama terdengar. Yang berguna untuk kita hanya bicara perkara optimis. Karena kita terpengaruh oleh sesuatu yang sering kita bicarakan, karena pembicaraan adalah hasil pikiran. Optimis juga menjadi sebuah nilai dalam perniagaan.
Islam tidak menyukai orang yang bersikap pesimis dan bahkan melarang umatnya untuk bersikap pesimis. Islam sangat menganjurkan umatnya untuk bersikap optimis terhadap segala jua perbuatan, hal ini digambarkan dalam sebuat riwayat yang maksudnya: Aku (Allah) ada dalam prasangka hambaku atau Aku mengikuti prasangka hambaku.[17] Ini bermaksud kita digalakkan untuk berpikir positf.
Dalam buku setengah isi setengah kosong disebutkan contoh tentang orang optimis iaitu: Bila ada sebuah gelas yang terisi setengah dengan air, orang optimis bilang, “o, airnya masih ada setengah gelas.” Orang pesimis bilang, “O, gelasnya hampir kosong.” Bila ada uang seribu rupiah yang telah dibelanjakan tiga ratus rupiah, orang optimis bilang, “O, uangnya masih ada tujuh ratus.” Orang pesimis bilang, “O, uangnya gak ada lagi tiga ratus.[18]
Dalam perkara perkembangan kampung kita kini, orang optimis adalah orang yang mencari penyelesaian dari tiap masaalah yang ada. Sementara orang pesimis adalah orang yang mencari masaalah dari penyelesaian yang telah diusahakan orang.
Contoh di atas adalah sikap optimis yang ditampilkan oleh setiap orang dalam kehidupan seharí-hari, sememangnya begitu, setipa orang harus bersikap optimis dalam setiap perbuatan yang dilakukan dan pandangan ia terhadap statu perbuatan.
Aplikasi dan Implikasi Nilai Optimis dalam Perniagaan
Optimis dalam perniagaan dapat dijadikan nilai dalam membangun suatu idea dalam organisasi. Sikap optimis atau positif thinking seharusnya ditunjukan oleh seorang Top manajer terhadap staff dibawahnya. Manager yang mampu membuat bawahannya bekerja maksimal. Atasan yang begini bisa membuat suasana tempat bekerja yang ia pimpin sebagai tempat yang penuh kegembiraan dan persaudaraan. Kehadirannya selalu dinantikan bawahan. Ia disayangi, bukan disegani, apalagi ditakuti. Ia mampu menyemangati siapapun, kendati keadaan perusahaannya sedang dalam masalah besar. Ia selalu bisa menunjukkan peluang untuk maju. Dalam mulutnya selalu keluar kata ‘Ayo!” tak pernah mulutnya mengucapkan “Jangan!”
Selain itu, aplikasi nilai optimis dalam perniagaan juga harus ditunjukkan dengan sikap kita yang benar telah melakukan secara maksimal dan kemudian optimis terhadap apa yang kita lakukan. Sehingga akan berimplikasi baik seperti yang dipraktikkan oleh sikap seorang manager pada contoh di atas.
C. Istiqamah
Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Menurut kamus za’ba, istiqamah berasal dari bahasa arab yang artinya ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara sederhana tetapi berterusan.[19] Begitu juga dalam dalam kamus perwira bahasa melayu dan kamus nusantara memberikan ta’rif yang hampir sama.
Dari pada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah SAW. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah. Tidak terpengaruh dengan godaan, hawa nafsu, dan syaitan. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran. Dan tetap berterusan dalam keyakinan yang dianggap itu benar.
Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:
1.Matlamat perjuangan.
2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.
3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.
Namun begitu ada orang yang keliru. Mereka meletakkan perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai perjuangan yang utama dan mengabaikan perjuangan untuk mencapai kejayaan di akhirat. Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.[20]
Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa. Firman Allah Taala:[21]
Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.
Penjelasan dan keterangan ayat diatas tentu tidak jauh berbeda dari segi perniagaan. Istiqamah juga merupakan sebuah nilai dalam perniagaan dan bisa juga dipahami sebagai etika dalam perniagaan, yaitu sebagai sebuah etika yang harus dianut oleh peniaga. Analogi penulis mengatakan ini sebagi etika adalah disaat menjalankan perniagaan harus istiqamah terhadap hasil yang akan dicapai dari perniagaan tersebut.
Kegagalan acap kali mencabar seseorang dalam perniagaan, ada beberapa berkara yang digalakkan untuk beristiqamah dalam perniagaan, diantaranya:
- Disiplin waktu
- Tidak berlaku curang untuk mendapatkan keuntungan besar
- Dipengaruhi oleh persekitaran
Oleh yang demikian, nilai istiqamah sangat diperlukan dalam perniagaan. Nilai istiqamah yang menjaga seseorang dari perilaku yang tidak dibenarkan oleh Islam, dan Al-Quran menganjurkan agar kita memperoleh harta dengan cara yang hak.[22]
Aplikasi dan Implikasi Nilai Istiqamah dalam Perniagaan
Mengupayakan kehidupan lebih baik adalah keharusan. Dalam proses usaha untuk lebih baik akan mendatangkan pelbagai rintangan dan cabaran yang harus diluputkan agar ia tidak berkembang menjadi buruk. Oleh kerana itu diperlukan nilai yang akan diterapkan dalam kehidupan ini khususnya dalam perniagaan.
Nilai istiqamah mencakup semua nilai yang harus diterapkan oleh setiap manusia, penerapan nilai istiqamah ini akan menjadi pagar bagi nilai-nilai lain. Oleh karena itu nilai itiqamah merupakan nilai yang sangat susah ditetapkan dalam perniagaan. Cabaran memberoleh keuntungan yang besar merupakan cabaran utama yang dapat meluputkan nilai ini. Penerapan nilai istiqamah akan menghasilkan perniagaan yang berkah dan mendapatkan keuntungan dunia dan akhirat dan serta akan menimbulkan dampak yang buruk jira mengabaikannya.
- Disiplin waktu
Waktu adalah perkara yang sangat berharga yang dimiliki oleh setiap manusia. Dalam perniagaan dan pengurusan waktu sangatlah penting, kerana satu minit sahaja kita dapat menghasilkan satu produk, jadi sekiranya waktu itu disia-siakan berarti kita telah membuang satu produk. Allah juga telah menyebutkan bahwa orang-orang yang tidak menghargai waktu akan merugi.[23]
Disiplin waktu merupakan nilai murni dalam perniagaan dan pengurusan, istiqamah terhadap waktu juga sangat digalakkan.
- Tidak berlaku curang untuk mendapatkan keuntungan besar
Curang merupakan nilai atau etika yang tidak disukai oleh siapa saja dan dalam hal apa saja termasuk dalam perniagaan. Dalam sejarah juga banyak orang-orang yang berlaku curang dan kemudian celaka akibat perbuatan mereka.[24] Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memperingatkan para sahabatnya yang sedang menjalankan perniagaan di pasar: “Wahai para pedagang!" Maka mereka memperhatikan seruan Rasulullah dan mereka menengadahkan leher dan pandangan mereka kepada beliau. Lalu beliau bersabda: “Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan kelak pada hari qiyamat sebagai orang-orang fajir (jahat) kecuali pedagang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat baik dan berlaku jujur.” (Riwayat At Timizy, Ibnu Hibban, Al Hakim dan dishahihkan oleh Al Albany)
Al Qadhi ‘Iyadh menjelaskan hadits ini dengan berkata: “Karena kebiasaan para pedagang adalah menipu dalam perniagaan, dan amat berambisi untuk menjual barang dagangannya dengan segala cara yang dapat mereka lakukan diantaranya dengan sumpah palsu dan yang serupa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memvonis mereka sebagai orang-orang jahat (fajir) kecuali para pedagang yang memenuhi sumpahnya dan senantiasa jujur dalam setiap ucapannya.” [25]
Jika demikian, peniaga sudah sepatutnya untuk senantiasa mengindahkan prinsip ini dalam perniagaan dan istiqamah terhadap prinsip tersebut.
- Dipengaruhi oleh persekitaran
Persekitaran dalam mempengaruhi perniagaan mahupun dalam pengurusan, persekitaran bukan sahaja orang-orang yang ada disekitar kita, ekonomi, politik, dan perubahan kebijakan oleh karajaan juga dapat mempengaruhi perniagaan agar tetap berpegang teguh pada nilai istiqamah. Kecendrungan kita terhadap persekitaran akan mempengaruhi untuk berbuat dhalim terhadap pelanggan mahupun pengguna, hal ini sangat dilarang dalam Islam.[26]
Sebagai penutup, Nilai istiqamah merupakan payung nilai dari nilai-nilai yang lain untuk mencapai matlamat hidup dan matlamat organisasi.
3. Penutup
Islam sebagai agama yang telah sempurna sudah barang tentu memberikan rambu-rambu dalam melakukan urus niaga dalam setiap perniagaan yang disebutkan dalam al-Quran. Ini menunjukkan petanda bahawa Islam memiliki perhatian yang serius tentang dunia perniagaan.
Nilai dan etika bisnis dalam perspektif Islam yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah dan menjadi sumber ajaran Islam, baik yang bersumber dari al-Qur’an maupun Sunnah.Nilai dan etika dalam perniagaan Islam seperti: tekun, bersungguh-sungguh, sabar, adil, berilmu, qanaah, itqan, istiqamah dan lain-lain
Dalam Perniagaan sangat diperlukan nilai berilmu, optimis, dan istiqamah serta mesti diaplikasikan dalam dalam perniagaan mahupun organisasi.
4. Rujukan
Ahmad Baiquni (1994), Al Qur'an, Ilmu Pengetahuan dan Teknologi, Yogyakarta: Dana Bhakti Wakaf
Akademi Pengurusan YPEIM (2005) Pengurusan Dalam Islam menghayati Prinsip dan Nilai Qur’ani, Kuala Lumpur: Unit Penerbit
AS Hornby (1999) Oxford Advanced Learner’s Dictionary, UK: Oxport University Press
Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Beirut: Dar Ihya al-Turas al-Arabi
Imam Bukhari, Shahih Bukhari Jilid II, trj. H. Zainuddin Hamidy (1992), Syarah Shahih Bukhari, Jakarta : Widjaya, Cet. 13
Muhammad dan Lukman Fauroni (2002), Visi al-Qur’an Tentang Etika dan Bisnis, Jakarta: Salemba Diniyah
M.Z Azmie (2010), Nilai Teras Organisasi Pesaing Sejagat, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Mohd. Radzi Othman Ghafarullahuddin (2005), Ekonomi dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia
Moh. Rifa’i (2004) Risalah Tuntunan Shalat Lengkap, Semarang: Karya Toha Putra
Soerjono Soekanto (1995), Sosiologi Suatu Pengantar, Jakarta: Raja Grafindo Persada
Parlindungan Marpaung (2007), Setengah Isi Setengah Kosong, Jakarta: PT Gramedia
Fathul Bary oleh Ibnu Hajar Al Asqalany 4/311)
Artikel
Thayeb Loh Angen (2008) Optimisme, Artikel pada akhbar harian Aceh
Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman (2009), Membentuk Generasi Berilmu, Beriman Dan Dan Berakhlak (Kertas Kerja). Brunei Darussalam
Yusro Widiastomo (2009) Etika Bisnis dalam Islam Artikel dikutip dari situs www.deshion.com, diakses pada 17 September 2010
[1] Muhammad dan Lukman Fauroni (2002), Visi al-Qur’an Tentang Etika dan Bisnis, Jakarta: Salemba Diniyah, hal 29
[2] Imam Bukhari, Shahih Bukhari Jilid II, trj. H. Zainuddin Hamidy (1992) Syarah Shahih Bukhari Jakarta : Widjaya,, Cet. 13 h. 129
[3] Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Beirut: Dar Ihya al-Turas al-Arabi, h. 165.
[4] QS. Al-Humazah (104): 2
[5] QS. Al-Baqarah (2): 188
[6] QS. Al Baqarah (2): 261
[7] Yusro Widiastomo (2009) Etika Bisnis dalam Islam Artikel dikutip dari situs www.deshion.com, diakses pada 17 September 2010
[8] QS. Az-Zumar (39): 9
[9] QS. Al-Mujadalah (58): 11
[10] Moh. Rifa’i (2004) Risalah Tuntunan Shalat Lengkap, Semarang: Karya Toha Putra, h 9
[11] Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman (2009), Membentuk Generasi Berilmu, Beriman Dan Dan Berakhlak (Kertas Kerja). Brunei Darussalam
[12] Akademi Pengurusan YPEIM (2005) Pengurusan Dalam Islam menghayati Prinsip dan Nilai Qur’ani, Kuala Lumpur: Unit Penerbit h 57
[13] Soerjono Soekanto (1995), Sosiologi Suatu Pengantar, Jakarta: Raja Grafindo Persada, h 73
[14] AS Hornby (1999) Oxford Advanced Learner’s Dictionary, UK: Oxport University Press, h 814
[15] http://dict.rewaz.org/search/browse/optimis.re diakses pada 19 oktober 2010
[16] Thayeb Loh Angen (2008) Optimisme, Artikel pada akhbar harian Aceh.
[17] Hadist Qudsi
[18] Parlindungan Marpaung (2007), Setengah Isi Setengah Kosong, Jakarta: PT Gramedia
[19] Haji Hasan Haji Hamza, Kamus Za’ba, syah Alam: Pustaka Antara, h 288
[20] QS. Al-Hadid (57): 20-21
[21] QS. Yusuf (12): 87
[22] QS. An-Nisaa (4): 29
[23] QS. Al-'Ashr (103: 1-3
[24]QS. Hud (11): 84
[25] Muhammad Arifin Badri, M.A (2010) Hikmah Kejujuran Dalam Berdagang (Artikel Suara Media) Yakarta. Dikases dari http://www.suaramedia.com pada 19 september 2010
[26]QS. Hud (11): 113
* Penulis adalah Calon Master University Of Malaya